#Kejadian kira-kira jam 7 petang, ketika mangsa, 19, sedang ralit bermain di tepi pantai sehingga tidak menyedari kehadiran seorang lelaki tidak dikenali dari belakang sebelum memegang payudara mangsa.
#Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, terkejut dengan perbuatan itu, mangsa menjerit sekuat hati minta tolong.
#“Jeritan mangsa itu telah menyebabkan suspek, 19, terus melarikan diri ke dalam semak berhampiran dengan menunggang motosikal.
#“Mangsa yang bengang dengan tindakan tersebut nekad mengejar suspek dengan ditemani rakannya yang ada di situ, namun usaha mereka gagal,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.
#Bagaimanapun kata Wan Abd Aziz, tidak lama kemudian mangsa yang masih berada di situ ternampak suspek bersama beberapa lelaki lepak di salah sebuah gerai ikan yang terletak berhampiran lokasi kejadian.
#“Mangsa masih tidak puas hati beranikan diri menuju ke arah suspek yang ketika itu sedang bersembang, bagaimanapun kehadiran mangsa bersama rakannya disedari suspek sebelum dia nekad melarikan diri.
#“Namun, identiti suspek berjaya diperoleh hasil maklumat lelaki yang berada di situ sebelum mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis berhubung kejadian,” katanya.
#Jelasnya, susulan laporan, suspek berjaya ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya, jika disabitkan kesalahan.
0 Response to "ROSAKK!! Kejadian Memalukan Tepi Pantai Gong Balai, Merchang, Terengganu!!"
Post a Comment