#Perbualan tersebut lebih kepada mengisahkan kehidupan keluarga adik Fatihah yang diibaratkan 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.
#Kisah kedaifan keluarga adik Fatihah ini diketahui hanya selepas Cikgu Kasma bertanya mengenai warna stokin yang dipakai beliau di mana ianya bewarna merah.
#Cikgu berkenaan susah pasti bertanya kerana berdasarkan buku disiplin atau undang-undang di sekolah murid biasa perlu memakai stokin bewarna putih.
#Kerana pertanyaan itulah segalanya terjawab, luluh hati ini kerana stokin berkenaan bukanlah dibeli tetapi hanya pemberian orang ramai kerana hendak beli stokin putih pun ibu bapanya tidak mampu.
#Berikut adalah cerita yang dikongsikan oleh Cikgu Kasma di laman Facebooknya..
#Tak pasal-pasal mata masuk habuk. Ceritanya begini…. Dalam kelas, sedang buat ujian lisan. Panggil seorang-seorang murid. Giliran anak murid yang namanya, Fatihah, aku pun panggil. Ala-ala macam nurse panggil pesakit masuk bilik doktor. Maka Fatihah pun tampil ke depan. Sedang dia menuju ke arah aku. Mata aku fokus pada stokin berwarna merah yang dipakainya itu.
#Dialog antara kami seperti berikut…
#Cikgu: Fatihah, dah banyak kali cikgu nampak kamu pakai stokin berwarna merah. Tak boleh tahu? Kena pakai yang berwarna putih.
Fatihah: Tak ada warna putih cikgu. Ibu saya tak ada duit nak beli.
Cikgu: Habis tu? Warna merah comel-comel ini ada pula duit nak beli?
Fatihah: Ini pun ibu saya rebut-rebut.
Cikgu: Rebut-rebut? Di mana? ( perasaan ingin tau semakin tggi, maka soalan ku lanjutkan)
Cikgu: Ayah awak tak kerja ke?
Fatihah: Kerja tetapi selalu tak ada gaji.
Cikgu: Ayah kerja di mana?
Fatihah: Ayah kerja besi (mungkin maksudnya kutip besi)
Cikgu: Pergi sekolah bawa duit tak?
Fatihah: Bawa, seringgit.
Cikgu: Mana ibu dapat duit?
Fatihah: Ayah bagi ibu. Kadang-kadang ayah bawa balik dua ringgit, empat ringgit. ( Aku lihat air matanya bertakung namun sikit pun tidak tumpah ke pipinya)
Cikgu: Di rumah selalu makan apa?
Fatihah: Makan sayur.
Cikgu: Dapat dari mana?
Fatihah: Ibu cari-cari di belakang kedai.
Cikgu: Lauk pula?
Cikgu: Ayah mancing di lombong.
#Aku tunduk, pejam mata sekejap. Sedihnya, aku rasa malu. Anak berusia 7 tahun ini tabah melalui kehidupan yang sukar. Namun berapa ramai yang masih alpa lalai dengan nikmat dunia? Anak-anak lauk ikan pun tak nak makan, sayur pun tak sudi nak jamah.
Cikgu: Fatihah, cikgu nak pesan ni, dengar betul-betul. Kamu kena belajar elok-elok, nanti boleh kerja elok-elok. Bagi ibu duit, boleh?
Fatihah: *hanya sekadar mengangguk
Cikgu: Cikgu minta maaf, selama ini selalu marah kamu. Selepas ini, cikgu ajar, kamu dengar ye. Biar jadi pandai.
#Semoga kisah adik Fatihah ini memberi kita sedikit keinsafan dalam diri kita semua agar sentiasa mensyukuri nikmat dan rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.
0 Response to "Dimarahi Guru Akibat Tidak Memakai Stokin Putih. Jawapan Dari Murid Sangat Menyentuh Hati Pembaca."
Post a Comment