Che Mat menunjukkan SMS yang dihantar Ida.
Sudahlah berhabis lebih RM30,000 untuk belanja perkahwinan dan nafkah, seorang peniaga berusia 58 tahun mendakwa hidupnya dibelenggu dosa apabila mengahwini wanita yang masih menjadi isteri orang.
Lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Che Mat mendakwa isterinya dipanggil Ida, 29, memadukan dia kerana masih berstatus isteri ketika mereka bernikah di Narathiwat, Thailand, dua tahun lalu.
Menurutnya, keadaan menjadi lebih rumit apabila Ida didakwa menikahi seorang lagi lelaki lain, baru-baru ini menjadikan dia kini menjalani kehidupan bermadu tiga.
“Memang macam kisah madu tiga. Saya sangka saya seorang yang menjadi mangsa penipuannya, rupanya ada juga lelaki lain yang berkahwin dengannya selepas saya.
“Saya hanya mengetahui perkara itu ketika pulang ke rumah mentua di Kedah, 1 September lalu,” katanya pada sidang media yang diadakan di Kampung Beris di sini, semalam.
Sumber : Harian Metro
0 Response to "PERIT!! Suami Dimadu 3 Oleh Isteri Durjana! [ Baca Penuh & Lihat Foto ]"
Post a Comment