Malam semalam telah berlangsung majlis sambutan hari lahir anak sulung Che Ta, Ammar Effendy yang ke 19 dalam suasana yan cukup meriah dan gilang gemilang. Majlis itu juga turut dihadiri oleh rakan selebriti yang lain.
Umum mengetahui bahawa Che Ta sememangnya sentiasa mahu memberikan yang terbaik kepada anaknya malah dalam satu kenyataan yang pernah dikeluarkan di mStar Online, dia juga telah menyediakan simpanan, pelaburan dan rumah untuk kesenangan ketiga-tiga anaknya.
“Saya tidak mahu anak-anak saya lalui apa yang saya rasa dahulu. Dahulu kalau ingin sesuatu terpaksa menunggu lama. Kalau boleh selagi saya mampu saya akan beri kepada mereka dan saya juga sudah sediakan simpanan, pelaburan dan rumah untuk kesenangan mereka,” jelasnya kepada portal tersebut.
0 Response to "MEWAH!! Che Ta Anjur Majlis Mewah Rai Ulang Tahun Ke-19 Anak!!"
Post a Comment