ALHAMDULILLAH... Raja Arab Saudi, Raja Salman Beri Pampasan Dan Kelebihan Pada Keluarga Mangsa Kren Tumbang di Masjidil Haram!! [ BACA PENUH ]


Susulan dari tragedi kren tumbang, Raja Salman dan kerajaan Saudi mengumumkan :-

1. Bayar pampasan 1 Juta Riyal ( RM1.14j ) bagi waris si mati.

2. Bayar pampasan 1 juta Riyal bagi yang cedera dengan yang menyebabkan kecacatan kekal.

3. Bayar pampasan 500 ribu Riyal ( RM534,000 ) bagi cedera yang lain.

4. Raja memberikan jemputan khas seramai 2 orang kepada waris si mati untuk tunai haji jemputan Diraja tahun 1437H.

5. Raja membenarkan semua jemaah haji yang cedera sehingga tidak mampu tunai haji tahun ini dengan baik, untuk kembali menunaikan haji tahun hadapan dengan pakej jemputan Diraja.

6. Raja membenarkan beberapa ahli keluarga mangsa yang terlantar di hospital VISA khas untuk menunggu di Saudi dan diberi perhatian khas kepada mereka sehingga sembuh dan pulang.

7. Syarikat pembinaan Ben Laden ( pemilik kren dan projek ), digantung dari semua yang berjalan, dinilai semula bagi projek-projek yang sedang berjalan yang lain serta dilarang menyertai projek akan datang di Saudi SEHINGGA semua siasatan lengkap dan hukuman telah lengkap kemudian barulah disemak semula kelayakan syarikat ini untuk turut membida projek akan datang. Ini kerana siasatan awal, kren yang tumbang diletakkan di tempat yang salah dan posisi yang tidak selamat.



0 Response to "ALHAMDULILLAH... Raja Arab Saudi, Raja Salman Beri Pampasan Dan Kelebihan Pada Keluarga Mangsa Kren Tumbang di Masjidil Haram!! [ BACA PENUH ]"

Post a Comment